Thursday, December 30, 2010

KUFUR (كفر) PART II

Dimulakan dengan kalimah ...

Post kali ingin menceritakan sedikin tentang kebiasaan kekufuran masa kini yang orang islam x ambil kisah dah pun.... terjadi mungkin secara sengaja atau tidak disengajakan... tapi apa keadaan sekalipun jika kita tergolong dari orang kufur ini, segeralah bertaubat.... insyallah pintu taubat itu sering terbuka untuk hambanya yang merendah diri.... memohon taubat tanpa rasa jemu... maka dengan izin
الله, semua dosa akan terhapus..... sambung dari post yang lepas mengenai kufur....

Kufur biasa terjadi kerana beberapa sebab antara lain:
1. Mendustakan atau tidak mempercayai.
2. Ragu terhadap sesuatu yang jelas dalam syari’at.
3. Berpaling dari agama Allah.
4. Kemunafikan yakni menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keislaman.
5. Sombong terhadap perintah Allah `Azza wa Jalla seperti yang dilakukan iblis.
6. Tidak mau mengikrarkan kebenaran agama Allah bahkan terkadang dibarengi dengan memeranginya, padahal hatinya yakin kalau itu benar, seperti yang terjadi pada Fir’aun.

Di post kali ini, saya ingin membincangkan tentang kufur yang saya boldkan warna merah....
- Kufur dengan sebab Sombong/ingkar terhadap perintah
الله sama seperti iblis yang mengingkari perintahnya... Maka jika kita sebagai hambanya ingkar akan setiap perintahnya.. kita samalah seperti iblis bahkan lebih teruk daripada iblis.

- Keadaan seperti ini sering berlaku di atas muka bumi الله ini, dimana hambanya tidak menunaikan solat 5 waktu sehari semalam... sedangkan perkara ini adalah suatu kewajiban seorang muslim(islam).

- Maka pada zaman kini, ramailah ummat islam jatuh kufur(kafir) tanpa disedari ataupun buat2 sedar tak sedar je... ini dikuatkan lagi dengan hadith-hadith soheh serta di dalam Al-Quran menceritakan tentang bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

- Ingin saya tegaskan di sini.. setiap suruhan dan larangan الله itu adalah untuk kebaikan semua hambanya bukan sekadar suruhan sahaja, kerana solat itu adalah kunci kepada amal makruf nahi munkar...

P/S kepada sahabat-sahabat... marilah bersama2 berjuang ke jalan الله


No comments:

Post a Comment